About Us

Team Awek Kukur

Team Awek Kukur (TAK), dianggotai oleh 5 orang penanam cendawan Kukur wanita. Setiap dari kami mempunyai kemahiran dan kepakaran yang berbeza.
Tertubuhnya team ini adalah apabila 4 anggota asalnya melihat bahawa banyak permasalahan berkaitan industri penanaman cendawan yang dapat dibincangkan dan di selesaikan dengan lebih baik melalui penyatuan idea sesama mereka. Lantas mereka berpendapat kaedah ini boleh di kembangkan lagi bagi membantu penanam cendawan diseluruh Malaysia.

Team Awek Kukur adalah sebuah "non profit, volunteerism collaborative effort" dengan objektif:
1. Membantu membangunkan ahli Team Awek Kukur sambil menginspirasi perubahan yang lebih baik kepada penanam cendawan yang lain.
2. Sebagai platform pertukaran ilmu pengetahuan dalam penanaman cendawan dan ilmu pengurusan perniagaan.
3. Memperkenalkan idea-idea dan pendekatan baru bagi menambah baik serta meningkatkan status industri pertanian cendawan.

The team members
Team Awek Kukur dianggotai secara eksklusif oleh:
1- Ita Hatta
2- Rusila Yusof

3- Noor Fathiah
4- Asma Elyana Ibrahim

5- AFizah Sulaiman

Semoga team kami dapat membantu memartabatkan industri penanaman cendawan di Malaysia dan dapat menginspirasi kan kepada penanam cendawan di Malaysia agar menjadi penanam yang lebih berilmu.

"Grow with knowledge"

Follow and Like us @ Team Awek Kukur

Comments